Monday, November 23, 2009

Selamat Tinggal 5HL2

Hari Jumaat 20 November 2009 merupakan hari terakhir aku memegang jawatan sebagai guru kelas HL2 bermula dari tahun 2008 permulaan dengan 4HL2, diakhiri dengan 5HL2 bagi tahun 2009. Pelbagai suka duka telah aku harungi bersama-sama dengan pelajar-pelajar ni semua. Mungkin kenangan terindah bersama mereka ini tidak akan berulang kembali. Ini mungkin kelas pertama dan terakhir aku pegang di SMTLD ini. Sad


hero-hero bunga..hik3.

Sayangnya aku dengan kelas 5HL2 ni, mana taknya..majoriti pelajar di dalam kelas aku ni sangat bagus dalam kerjasama dan aku sentiasa terhibur apabila berada di sekolah disebabkan dorang sumer. Mudah urusanku semasa adanya pelajar-pelajar ini.


Ni time amali mencari orkid liar..dalam kebun sawit pergi cari.

Sekarang ni, aku rasa sangat layu, lemah dan kaku semangatku untuk meneruskan perjaungan sebagai seorang guru di SMTLD kerana penghibur-penghiburku di kelas ini telah tiada. Aduh, sedihnya aku..suka duka kami bersama selama 2 tahun di SMTLD terpalit kenangan yang begitu indah di sini.


Ni prepare untuk menjalankan kerja kursus menanam rumput turf.

Aku tanamkan rasa kecintaan sesama mereka seperti sebuah keluarga dalam satu kelas, sikap bantu membantu sesama mereka dan pelajar lain, sikap rasa cinta untuk belajar dan aku naikkan imej kelas vokasional ke satu tahap yang disegani di SMTLD ini. Hubungan aku bukan lagi sebagai seorang guru dengan pelajar, malah kami ibarat hubungan abang dengan adik..malah lebih erat lagi bagai bapa dengan anak-anak. (Wahh..mudanya bapa!)


Ni time sambutan hari guru kelas aku, dorang kumpul duit n beli kek tuk aku. cry

Kelas 4HL2 2008 dan 5HL2 2009 akan tetap menjadi ingatan di dalam hatiku buat selama-lamanya. Sedihnya...selamat berpisah kita semua dan cikgu doakan kalian semua berjaya meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing selepas 2 tahun pengajian di SMTLD yang begitu indah ini.


Kenangan semasa lawatan 4HL2 ke Sandakan.

Cikgu sayang kalian semua.


Ni antara kenangan terbaikkk kita, berbelakangkan gunung Kinabalu.

Semoga kenangan yang manis ini boleh "bermula semula" walaupun mungkin ia agak mustahil untuk kita kecapi kembali...Shocked Sad cry cry cry



No comments:

Post a Comment