Saturday, January 17, 2009

Pengenalan Kepada Tingkatan 5HL2


5 HORTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP 2 (5HL2) merupakan kesinambungan kelas 4 HORTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP 2 (4HL2) yang merupakan hasil pecahan daripada kelas 4 Hortikutur Hiasan dan Landskap (yang kini dikenali sebagai 4 Hortikutur Hiasan dan Landskap 1). Kelas 4HL2 diwujudkan secara rasminya pada 18 Februari 2008 di mana pelajar pertama yang disenarai pendek ke dalam kelas ini mula mendaftar pada 12 Februari 2008. 2008 merupakan tahun bersejarah apabila kelas 4HL2 buat pertama kalinya diwujudkan dalam sejarah pendidikan SM Teknik Lahad Datu.

Bermula sesi pengajian 2009, maka bermulalah pengajian bagi pelajar tingkatan 5HL2 SMTLD. Terdapat 30 pelajar yang masih lagi bersama dengan kelas ini.

5HL2 menekankan aspek pengajian aliran vokasional pertanian dalam Hortikultur Hiasan yang menekankan aspek pengeluaran, pemasaran, dan pengunaan tanaman yang meliputi tanaman hiasan, rumput turf, pengurusan semaian, dan pusat-pusat perkebunan serta perlandskapan. Selain itu, pelajar-pelajar 5HL2 juga didedahkan dengan skop pertanian tambahan seperti Pengeluaran Ternakan dan Pengeluaran Tanaman di samping subjek akademik seperti sekolah harian biasa yang lain.

5HL2 diuruskan oleh guru tingkatan En. Mohd Fairus bin Mohd Suhaimin (Ketua Panitia Hortikultur Hiasan dan Landskap) yang juga merupakan guru bagi mata pelajaran Hortikultur Hiasan dan Landskap bagi 5HL2 ini. Kelas ini diterajui oleh ketua kelas iaitu Rasman bin Ramli dan dibantu oleh Norhayati binti Abdul Wahap bersama dengan barisan setiausaha, bendahari dan AJK yang dilantik berdasarkan kepercayaan dan komitmen yang diberikan.

Keunikan kelas 5HL2 yang terdiri daripada seramai 30 orang ini adalah bukan hanya merupakan kelas yang kali pertama ditubuhkan dalam sejarah SMTLD, namun ia kini didominasi oleh pelajar lelaki dengan pecahan 2/3 jumlah kelas iaitu seramai 20 orang. Berbeza dengan tahun-tahun lalu di mana HL merupakan satu-satunya aliran vokasional pertanian yang didominasi oleh pelajar perempuan. Kelas ini juga merupakan gabungan pelbagai etnik dan kaum, semua pelajar 5HL2 mampu menunjukkan kerjasama tanpa mengira batasan kaum dan agama. 5HL2 didominasi oleh kaum Bugis dan Bajau, di samping Dusun, Kadazan, juga Sungai, Iban, Bisaya, Jawa dan Pakistan. Mereka kebanyakannya berasal dari Lahad Datu, Sandakan, Kunak , Tawau , Semporna, dan Kota Kinabalu.

Kelas 5HL2 dijana dan diwarnai lagi dengan kehadiran barisan guru-guru Mata Pelajaran yang berpengaruh, berpengalaman dan berada di kelasnya yang tersendiri dari Sabah, Kelantan, dan Terengganu seperti Pn. Umi Kamsha (Ketua Panitia Bahasa Inggeris), En. Amirullah (Ketua Panitia Matematik), En. Hamid (Ketua Panitia Biologi), En. Wan Shaiful (Ketua Panitia Agroteknologi), En. Rody (Ketua Panitia Pemprosesan Makanan), En. Affendi (Ketua Panitia Sivik&Kewarganegaraan), Pn. Noor Zulina (Ketua Panitia Moral), En. Hafiz (Penyelaras peperiksaan amali Pengeluaran Tanaman SPM), En. Fadly Sunyi (Ketua Guru Disiplin), En. Sakirin (Juri perbahasan peringkat negeri Sabah), Ustaz Rozi (guru koperasi dan guru kesihatan SMTLD) dan En. Alyamani (Eksekutif sukan SMTLD).

Semoga semua pelajar 5HL2 bakal berada di landasan yang diingini dan diharap dengan kerjasama dan bimbingan daripada barisan guru-guru SMTLD yang terlibat mampu untuk membentuk sejumlah lagi modal insan yang bakal mencorak masa depan negara terutamanya dalam sektor pertanian.



"Sama Berusaha Sama Berjaya"

Wednesday, January 7, 2009

Permulaan 2009

Selamat datang kepada semua pengunjung laman web ini. Laman web ini khas untuk menyatakan perkembangan terkini Tingkatan 5HL2 Sek. Men. Teknik Lahad Datu. Teruskan mengikuti kami dari semasa ke semasa kerana banyak lagi paparan menarik yang akan dihebahkan di laman blog ini.