Sunday, July 5, 2009

Lawatan ke Kudat dan Kota Kinabalu

Tanggal 25 hingga 28 Jun 2009 baru-baru ini, panitia di bawah seliaan aku iaitu panitia Hortikultur Hiasan dan landskap ada menganjurkkan satu lawatan ke Kudat dan Kota Kinabalu.

Program lawatan ke Kudat dan Kota Kinabalu adalah merupakan salah satu program tahunan yang telah dirancangkan oleh Panitia Hortikultur Hiasan Dan Landskap dengan kerjasama ahli jawatankuasa Tingkatan 5 Hortikultur Hiasan dan Landskap 2 (5HL2). Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu dan pengalaman pelajar terhadap situasi persekitaran yang sebenar di luar sekolah.

Di samping itu, program seperti ini juga dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dan mendekatkan diri pelajar kepada flora dan fauna jadi agar pelajar-pelajar ini dapat menghayati kehidupan saling memerlukan di antara satu sama lain selaras dengan penerapan kursus hortikultur Hiasan dan Landskap ke arah nilai cintakan alam persekitaran dan perlandskapan.

Situasi seperti ini sekurang-kurangnya dapat memberikan inspirasi kepada warga 5HL2 untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian akan datang terutamanya dalam peperiksaan SPM yang mendatang.

Begitulah perancangan yang begitu rapinya untuk lawatan yang dianjurkan oleh panitia aku ni. Dan aku selaku ketua panitia berperanan untuk memajukan pencapaian pelajar dengan mengadakan lawatan ke luar dari persekitaran sekolah mereka.

Lawatan selama 4 hari ini meninggalkan seribu satu kenangan yang tak mampu untuk aku lupakan. Rombongan ini disertai seramai 30 orang pelajar daripada kursus Hortikultur Hiasan dan Landskap.

Berikut adalah beberapa destinasi yang kami tujui;


1 Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris.
2 Borneo Honey Bee Centre, Kudat.
3 Simpang Mengayau, Kudat.
4 Lok Kawi Wildlife Park, Kota Kinabalu.
5 Akuarium & Muzium Marin UMS, Kota Kinabalu.
6 Kolam Air Panas Poring, Ranau.


HARI PERTAMA

Dalam bus
Happy semuanya baru nak bertolak

rehat
Hai, penat la pulak

Destinasi pertama kami ialah di tempat penginapan di Kota Kinabalu. kami terpaksa menginap di Kota Kinabalu terlebih dahulu kerana tempat yang kami lawati di Kota Belud ni jauh dan memandagkan perjalanan kami sudah lewat dan ini memungkinkan kami untuk memilih tempat penginapan sementara terlebih dahulu.

Tapi sebelum sampai di tempat penginapan, kira-kira jam 6.30pm kami telah berhenti di tempat di bawah ni...

Gunung Kinabalu
Hehhe, Kami berbelakangkan Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu 3
Gelap2 pon sempat lagi

Gunung Kinabalu 2
Nampak tak board biru belakang? Kami di WORLD'S HIGHEST VIA FERRATA SKY WALKING ON MT. KINABALU

Sempat lagi bergambar walaupun dalam keadaan sedikit hujan. Kami tiba di tempat penginapan di Kota Kinabalu jam 9.45 malam.


HARI KEDUA

Hari kedua perjalanan bermula dengan destinasi lawatan kami yang pertama iaitu di Institut Pertanian Sabah, di Timbang Menggaris..lebih kurang setengah jam dengan pekan Kota Belud. Bercakap tentang Kota Belud, inilah 1st time aku tiba di pekan ini. Kami sempat bersarapan pagi di sini.

Sarapan di Kota Belud
Mulut tu sarat lagi dengan 'gado-gado'..huhu

Kuda belud
Kami berposing di tanda kenangan pekan Kota Belud ni. Mana beludnya???

Kuda Belud 2
Ni lah kuda Belud...heeee

Sarapan pun sudah, posing pon boleh tahan juga..kami terus ke Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris.

Di IPS ini, pelajar diberikan taklimat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di institut ini dan peluang kerjaya yang bakal mereka perolehi selepas mereka menamatkan pengajian di sini.

kuliah
Ha..pelajar diberi taklimat dalam bilik kuliah..

Selepas taklimat, kami dibawa ke lapangan pertanian. Memandagkan semua ahli lawatan ni merupakan pelajar dari kursus Hortikultur Hiasan dan landskap, kami semua dibawa ke Unit Hortikultur Hiasan Landskap di sini.

Luar nurseri
Ada leh lawan nurseri kita ka?

Dalam Nurseri
Ni dalam nurseri dorang...pokok depan kami tu namanya Chlorophytum

Selepas penat meround di nurseri, kami dibawa ke Unit Unggas. Di unit ini, kumpulan haiwan unggas seperti ayam dipelihara di sini.

Sebelum ke lapangan, pelajar-pelajar diberikan sedikit taklimat..

Taklimat Unggas
Ha...dengar tu.

Posing unggas
Alahai, sempat lagik berposing di situ. Belakang tu ada reban ayam pedaging

Setelah selesai melawat di Institut Pertanian Sabah, kami terus menuju ke destinasi kami seterusnya iaitu di Borneo Honey Bee Center, KPD Sikuati Kudat. Jom bermadu di sana...hehe.

Kami tiba di Kudat lebih kurang jam 1.30 petang. Memandangkan mengikut appointment dengan Borneo Honey Bee Center jam 3.30 petang, masa terlalu lama lagi untuk kami bertolak ke sana, jadi kami pon mencari destinasi lain sementara untuk menggunakan masa yang ada.

Jadi, ada satu lagi tempat yang menarik di sini ialah Rumah Panjang Rungus, Kudat. Sebelum ni dengar aja rumah panjang di Sarawak, tapi di Kudat ni ada jugak rumah panjang.

Gadis Rumah Panjang
Ha..penyambut tetamu kami ni

Gelang
Ada jual gelang, nak?

Posing Wan
Aku sempat lagik posing ngn Wan

Rumah Luar
Kt luar pon ada lagik tu..

Aziah
Aku lak jadi penyambut tetamu...huhu

Posing Last
Last sebelum balik

Perjalanan kami seterusnya ialah menunaikan solat dan lepas tu terus ke Borneo Honey Bee Center.