Saturday, February 14, 2009

Amali HHL Mencari Orkid Liar

Setiap hari Khamis, itulah hari untuk amali Hortikultur Hiasan dan Landskap bagi pelajar 5HL2. Amali ini dijalankan bersama-sama dengan cikgu 5rus di mana kami semua menjalankan acara mencari pokok orkid liar.


Pokok orkid terbahagi kepada 2, iaitu orkid epifit dan orkid terestrial..
Kami diminta mencari pokok orkid ini di sekitar kawasan sekolah.

Setelah habis meround satu sekolah, nahh...inilah hasilnya..



Amali kami berakhir jam 9.30am..

Saturday, February 7, 2009

Kembali Menghias Kelas

5HL2 tahun lalu telah mencapai kejayaan di mana kelas ini mendapat Anugerah Kelas Paling Ceria dan bersih sepanjang tahun 2008. Walaupun terpaksa bersaing dengan hampir 23 kelas yang lain, namun 4HL2 tetap gah dengan kelasnya yang tersendiri.


Perbincangan dilakukan mengenai idea-idea untuk menjadikan 5HL2 kelas yang ceria

Bermula awal Februari, kelas 5HL2 terus menumpukan matlamat ini dengan kembali menceriakan kelas tercinta. Terima kasih kepada cikgu 5rus yang begitu bersemangat menyokong pelajar-pelajar 5HL2 untuk menghias kelas.


Cikgu 5rus yang sporting selepas kelas mengalami transformasi pertama!

Sumbangan yang diberikan oleh cikgu 5rus dari segi kewangan dan juga idea-idea amatlah dihargai dan ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk menjalankan kerja mencantikkan kelas bagi tahun 2009.

Maskot 5HL2


Lebah adalah maskot bagi Tingkatan 5HL2. Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera  dipilih berdasarkan sikap kerajinannya dan kesepakatannya yang patut dicontohi  oleh semua warga 5hl2 dengan harapan semua mempunyai semangat dan kesungguhan dalam belajar disamping rasa kekitaaan yang patut ditanam dalam diri setiap warga 5HL2. Lebah juga dipilih kerana hubungannya yang rapat dengan tanaman bunga-bungaan yang juga merupakan aset intipati pelajar-pelajar kursus hortikultur hiasan dan landskap.