Monday, November 23, 2009

Selamat Tinggal 5HL2

Hari Jumaat 20 November 2009 merupakan hari terakhir aku memegang jawatan sebagai guru kelas HL2 bermula dari tahun 2008 permulaan dengan 4HL2, diakhiri dengan 5HL2 bagi tahun 2009. Pelbagai suka duka telah aku harungi bersama-sama dengan pelajar-pelajar ni semua. Mungkin kenangan terindah bersama mereka ini tidak akan berulang kembali. Ini mungkin kelas pertama dan terakhir aku pegang di SMTLD ini. Sad


hero-hero bunga..hik3.

Sayangnya aku dengan kelas 5HL2 ni, mana taknya..majoriti pelajar di dalam kelas aku ni sangat bagus dalam kerjasama dan aku sentiasa terhibur apabila berada di sekolah disebabkan dorang sumer. Mudah urusanku semasa adanya pelajar-pelajar ini.


Ni time amali mencari orkid liar..dalam kebun sawit pergi cari.

Sekarang ni, aku rasa sangat layu, lemah dan kaku semangatku untuk meneruskan perjaungan sebagai seorang guru di SMTLD kerana penghibur-penghiburku di kelas ini telah tiada. Aduh, sedihnya aku..suka duka kami bersama selama 2 tahun di SMTLD terpalit kenangan yang begitu indah di sini.


Ni prepare untuk menjalankan kerja kursus menanam rumput turf.

Aku tanamkan rasa kecintaan sesama mereka seperti sebuah keluarga dalam satu kelas, sikap bantu membantu sesama mereka dan pelajar lain, sikap rasa cinta untuk belajar dan aku naikkan imej kelas vokasional ke satu tahap yang disegani di SMTLD ini. Hubungan aku bukan lagi sebagai seorang guru dengan pelajar, malah kami ibarat hubungan abang dengan adik..malah lebih erat lagi bagai bapa dengan anak-anak. (Wahh..mudanya bapa!)


Ni time sambutan hari guru kelas aku, dorang kumpul duit n beli kek tuk aku. cry

Kelas 4HL2 2008 dan 5HL2 2009 akan tetap menjadi ingatan di dalam hatiku buat selama-lamanya. Sedihnya...selamat berpisah kita semua dan cikgu doakan kalian semua berjaya meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing selepas 2 tahun pengajian di SMTLD yang begitu indah ini.


Kenangan semasa lawatan 4HL2 ke Sandakan.

Cikgu sayang kalian semua.


Ni antara kenangan terbaikkk kita, berbelakangkan gunung Kinabalu.

Semoga kenangan yang manis ini boleh "bermula semula" walaupun mungkin ia agak mustahil untuk kita kecapi kembali...Shocked Sad cry cry cry



Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun 5HL2

Jamuan perpisahan yang diaturkan oleh aku untuk pelajar-pelajar seliaanku selama 2 tahun iaitu pelajar tingkatan 5 Hortikultur Hiasan dan Landskap 2 atau lebih dikenali di Sek. Men. Teknik Lahad Datu (SMTLD) dengan nama 5HL2. Jamuan ini aku adakan di KFC, biarlah keluar bajet sedikit..yang penting, mungkin ini kali terkhir aku dapat mengeluarkan belanja untuk mereka.

Meh aku kenalkan dorang sumer k,

Dari kiri depan,Saddam, Rasman kiri belakang, fazroy dan sebelah aku Hamad Rossie.

Aik, Hamad Rossie bersembunyi lak??
Gadis rebutan, Hayati sebelah aku, Ain di sebelah Hayati dan Nas di depan Ain.

Nas, pandang cket lar?

Nih, lagi dekat...dari kiri Ain, Nasrinah dan Anis.

Hi, syoknya minum Nasrinah??

Si Sihat, Fareed...dan Rio di sebelahnya. Sambil Eri memandang di hadapan...haha

Cukup ka jugak tu Fareed? Hik3..

Ini pula jejaka idaman di 5HL2, Johan di sebelahku dan Joshua. Johannnn...hehehe, kuat merajuk budak ni ngan aku. Takpa, lepas ni takdak da orang nak merajuk ngan aku. Hurmph

Eeee..tengok tu, happynya Johan!

Si Gedik 2 orang ni...Nurul di sebelahku dan Anis berbaju pink. Bila nak bayar hutang?? Hik3...

Hai, mulut-mulut murai di 5HL2..sama naik 2 org nih!

hai, ni sorang lagi yang manja ama aku, Said. Aku n familil dia umpama famili angkatku di Sabah udah..jadi Said? Kita adik beradik angkat la kan? Wawawa..

Alala..nak suap2 pulak, layan jelah.

Dua orang ni asyik sembunyi-sembunyi jak...Ayundin tengah makan dan Husain

Da habis makan ke Husain?

Ni sebenarnya nak tunjuk ketua tingkatan 5HL2..si Jupri yang berketayap tu. Sambil didepannya di Fareed yang sihat. Haslinah di sebelahku...

Aksi kekenyangan ke?

Hurm, Rahmat yang bertopi tu bersama-sama pemandu bus sekolah kami yang sporting...Pakcik Guding. Steady Pakcik, taun depan kita p Brunei k??

Kasiann pakcik, aku sibuk melayan budak2...

Ni merupakan gadis-gadis dari 5HL2 dan 5PL2. Dari kiri, Yulee, Sarina, Nurazisa, Kafiana dan Jennytha.

Hi, Ayunya Nurazisa di tengah-tengah!

Ni pula speacial appearance tuk malam tu, dorang nni bukan dari kelas 5HL2, tapi aku bawakkan dorang ni sebab dorang ni baik betul ama aku. Ni Hairi...doeeee...sebelahnya Sugi.

Senyum Rie....

Ni Sarina dan Kafiana...bagus bah dorang ni ama aku jg..

Amboi, tak sabar2 Si Sarina makan...


Opsss, ada lagi...tukang kamera!!

Si Adzree ataupun Didi