Sunday, May 17, 2009

Sambutan Hari Guru Untuk Cikgu 5ruS

ENTRY INI DIAMBIL DARI BLOG CIKGU 5RUS...


Sambutan hari guru peringkat kebangsaan telah pun berlangsung di Terengganu. Seramai 3 orang tokoh telah dipilih sebagai tokoh hari guru kebangsaan. Selain itu juga, berita baik kepada guru-guru di mana menteri pelajaran Malaysia telah mengumumkan dimana Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sekolah menengah di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Di sekolah 5ruS ni sambutannya ada, cuma selalunya lewat dibuat. Mungkin memandangkan sekarang musim peperiksaan di sekolah dan pihak sekolah mengelak daripada sambutan ini menjadi gangguan kepada pelajar yang mungkin kononnya konsenteret nak exam. Iyalah tu kan? Angel

Berbalik kepada sambutan, tak disangka-sangka bebudak seliaan aku iaitu budak 5 Hortikultur Hiasan dan Landskap 2. Dalam kata lain, aku guru kelas bebudak ni la sejak tahun lalu lagi. Nak dijadikan cerita, dorang ni dah berpakat satu kelas buat sambutan hari guru untuk aku. Udahla aku ni penat seharian enak bercuti di Tawau. Entah apala dorang sms suh datang jugak, hal penting katanya!

Rupanya....

Kek Berdua
Ni lah kek besday...ops, kek untuk hari guru tuk aku dari pelajar 5HL2

Potong Kek
Hehe, cam sambut hepi besday lak! Shades

Terharu juga aku sebagai seorang guru kerana dihargai sebegini rupa. Tkpalah, itu mungkin penghargaan dorang terhadap aku ni. Heran jugak, saban hari ni dorang asyik kena marah aja daripada aku! Tapi, dorang masih lagi ingatkan aku.

Alamak, lepas makan sket-sket.."semua kasi hambur kek ya"!

hambur kek
Bersama Student yang ku sayangi Nasrinah, 5ruS, Julee, Johan, & Jennytha

Aku ni bukan apa, biarlah dorang ni dimarah sebab niat aku marah tu pun supaya dorang ni insaf dan sedar diri sikit! Tahun ni da nak SPM, tapi perangai masih lagi sama macam dulu. Berpikirlah sedikit untuk kebaikan masa depan masing-masing.

Photobucket
Bersama pelajar perempuan 5HL2

Photobucket
Johan dengan peace nya...

Apapun, teharu jugak aku dengan layanan dorang meskipun nakal-nakal majoritinya. Apapun tuk korang sumer, cikgu ni sayangkan kamu.

Pelajar 5HL2
Bersama Pelajar-pelajar 5HL2 kesayanganku
Eh...eh, cam terlupa lak nak promosi blog kelas dorang ni..tapi, nampak cam dah bersawang jer. Korang ni pemalasnye!!

Blog 5HL2
Alamat blog pun ada di kelas tau! Shades

jangan lupa layari yer, klik picture di atas...

OK, SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA...TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI 5RUS SELAMA INI. ITULAH KATA ORANG, MENDUNG TAK SEMESTINYA BERLARUTAN DAN JUGA TERANG TIDAK BERPANJANGAN. AKU SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SITUASI YANG AKAN BERLAKU DI KEMUDIAN HARI NANTI.

Seramai Pelajar 5HL2
Terima Kasih Pelajarku! MMMuuuahhhss

5MB

1 comment:

  1. cikgu give wa namber cikgu sedih ddy tgk picx2 semua ney t bgi ya namber cikgu ddy rindu sgtx2 ney

    ReplyDelete