Saturday, February 7, 2009

Kembali Menghias Kelas

5HL2 tahun lalu telah mencapai kejayaan di mana kelas ini mendapat Anugerah Kelas Paling Ceria dan bersih sepanjang tahun 2008. Walaupun terpaksa bersaing dengan hampir 23 kelas yang lain, namun 4HL2 tetap gah dengan kelasnya yang tersendiri.


Perbincangan dilakukan mengenai idea-idea untuk menjadikan 5HL2 kelas yang ceria

Bermula awal Februari, kelas 5HL2 terus menumpukan matlamat ini dengan kembali menceriakan kelas tercinta. Terima kasih kepada cikgu 5rus yang begitu bersemangat menyokong pelajar-pelajar 5HL2 untuk menghias kelas.


Cikgu 5rus yang sporting selepas kelas mengalami transformasi pertama!

Sumbangan yang diberikan oleh cikgu 5rus dari segi kewangan dan juga idea-idea amatlah dihargai dan ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk menjalankan kerja mencantikkan kelas bagi tahun 2009.

No comments:

Post a Comment