Kelas 5HL2 sekali lagi mengadakan amali untuk Bab 1 dalam sukatan pelajaran Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 5 iaitu bab orkid. Kesinambungan minggu-minggu yang lalu di mana setiap pelajar di minta untuk mencari orkid yang liar di persekitaran sekolah, tetapi amali kali ini mengenengahkan pokok orkid jenis monopodial di tanam di persekitaran nursery HL.
Rajah di bawah menunjukkan jenis orkid monopodial..contoh orkid dalam kumpulan ini ialah Vanda dan Arachnis...
Sebelum itu, diulang kembali bahawa orkid dikelasan mengikut cara pertumbuhannya iaitu;
Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem tersebut.Cikgu 5rus memberi penerangan yang khusus tentang penanaman orkid monopodial ini..
Pelajar 5HL2 khusyuk membuat kerja..
Kaedah menanam orkid monopodial di batas.
- Tanah dibajak sedalam 15-20cm
- Rumput-rumput dicabut dan dikeringkan
- Sediakan batas berukuran 15cm tinggi, 60cm lebar dan kepanjangan mengikut jumlah pokok yang akan di tanam.
- Kayu-kayu penyokong disediakan di batas.
- Keratan batang orkid sepanjang lebih kurang 40cm disediakan.
- Tanam keratan sedalam lebih kurang 5cm. jarak antara pokok biarlahdalam jarak 20-25cm.
- Letakkan sungkupan dan siram.
- Kawalan hendaklah dilakukan menggunakan cangkul dan racun rumpai.
Sungkupan daripada habuk kayu berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan jangkitan perosak.
Proses penyelenggaran tanaman orkid dengan membuang daun yang dijangkiti.
Posing bersama cikgu 5rus lagi.
Amali berakhir jam 9.30 pagi...